Kerajaan bersetuju memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 pada 6 Mei depan. Bantuan khas itu melibatkan semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah serta kakitangan Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP dan RM250 kepada Pesara Kerajaan.